Salam alaik..
Barisan ayat ini merupakan kata-2 yang aku semat kan dalam diri aku untuk aku terus lalui liku-2 hidup di dunia fana ini. Ini PRINSIP aku.
Hidup di atas dunia ini adalah suatu perjalanan untuk ke sana. Aku pasti arah kita umat Muhammad adalah sama.
Dalam perjalanan ini. Pelbagai cabaran dan aral yang akan kita tempuhi. Kesilapan. Kebaikan. Akan kita lakukan sehingga kita dapat belajar tentang arti sebenar hidup.
Manusia. Kita bukan pilihanNya yang dapat menghindari dosa dan tidak akan melakukan kesilapan. Setiap detik.setiap ketika. Terkadang tanpa kita sedari kita telah melakukan kesilapan.
Apa yang penting. Sebagai manusia biasa. Kita perlu belajar. Memahami. Menghalusi. Memperbaiki setiap kelemahan dan kesilapan yang telah kita lakukan. Dalam hidup ini kita boleh MENOLEH ke belakang tapi jangan sesekali kita MELANGKAH ke belakang.
Setiap hela nafas yang dikurnia oleh maha esa adalah anugerah untuk kita menggunakannya dengan memperbaiki kesilapan dan kelemahan kita demi esok yang lebih baik. Semalam adalah semalam. Hari ini dan esok adalah perjuangan demi perjalanan ke sana.
P/s:nasi goreng kg kat restoran atas bukit sblh bustand masai ni sedap!
No comments:
Post a Comment